Followers

Saturday, 19 October 2013

Safely Arrived .

Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. selamat sampai rumah kedua ni. Huhu.. Penat gila badan, berlari-lari tadi sebab hujan. Dahla bawak luggage *tu la sape suruh bwak balik luggage* kan dah menyusahkan.. Alaa rilex laa, kuat kot. Hahaha.. Memang tak sangka tadi hujan, sebelum ni kalau balik UKM tak pernah pulak hujan, siap kilat menyambar-nyambar lagi. Nasib baik la duk dalam train. Kalau tak habis la basah lejuk (loghat Pahang), dalam erti kata lain, basah lencun. And bernasib baik jugak sebab LRT nak ke KTM berbumbung, kalau tak lagi la lambat aku sampai nampak gayanya. Alhamdulillah. Allah permudahkan walaupun kena tempuh hujan sikit-sikit tu adatlah kan. Macam tak biasa mandi-mansi hujan ni kan. Hahaha.

Hmm, k lah.. I'm going to sleep. Penat sangat sangat sangat duk kelek bagasi yang big tu.. Haha. K tata.
Assalamualaikum... :D

Friday, 18 October 2013

HOBI

Assalamualaikum..

Hai korang ! Tetiba kan sekarang aku nak create satu hobi baru. Nak tahu apa ? heshhh nanti dulu. Nanti aku bagitahu ea.. Sebab hobi ni aku baru nak start. Saja sebab something yang dapat relax my emotion. Wahh gitu ! Haha.. Jadi, ia baru bermula dan aku harap sangat-sangat dapat kekal kan hobi baru ni. Feeling eksaited taw nak buat hobi baru ni.. Huhuhu.. Lagipon, hobi tu kan perkara yang kita akan buat bila ada masa lapang. So aku guna kan kreativiti (kreativit la sangat) yang ada untuk meneruskan hobi ni. Korang yang baca tu, doakanlah kawan korang ni berjaya buat hobi ni dengan jayanya. Aaminn.. :)

K la , saje je nak bagitahu ni. Nak pack barang, esok nak tarik beg balik dah :') tata
Assalamualaikum.
-kotakmerahberbicara-

Thursday, 10 October 2013

Saturday, 7 September 2013

Menara Gading (".)

Assalamualaikum,
Hai korang.. Sihat ? Alhamdulillah.. Kalau tak sihat, makan obat ye..:D
Haihh, sedar tak sedar dah habis cuti sem aku selama DUA bulan lebih tu. Lama lah jugak kan.. Hari ni aku dah start engine kereta nak gerak pergi Rawang rumah my abang. Stay sana sekejap, pastu esok baru la gerak pergi Menara Gading kat Bangi tuu.. Actually, aku pergi ngan mak, kakak, abang ipar and anak sedara 2 orang.. Ayat aku kat atas macam aku nak pergi drive kete sorang2 kan.. huhu
Aku hope sampai Menara Gading tu nanti aku dapat semangat baru nak teruskan pembelajaran. Chewaah ayat.. haha, habis skema.. But, I really really really hope so :D Aku akan cuba dapatkan semangat tu, ikutlah celah mana pon asalkan tak salah. Takut kalau dapat semangat dari tempat yang salah kang, tak pasal pulak jammed aku.. Haha.. I must try ! Fighting !! macam masuk RunningMan pulak kau yek.. Hehe

Korang, doakan aku duk baik-baik kat Bangi tu ye.. Aku pon doakan korang jugak, Ingat aku dalam doamu :D hehehe.. Dah lah, nak siap2 nak balik sudahhh.. Babai semua. (T__T) Assalam.

+Keepcalm+

Sunday, 18 August 2013

Assalamualaikum.. hye there! +moodorangputehpulop+

For the first time in my writing, I have no 'tajuk catatan' to mention here =='. Saje nak menuleh, mood menuleh ghajin pulak hari ni bersamaan 19th August 2013 at 2.18 a.m .. Ouuhh dah pagi rupenya, tapi aku tak tido lagi -___- . Hmmm..., what I want to tell here is I'd learned about KEHIDUPAN just now. Kenapa ? Apa yang ko 'learned' sangat pasal KEHIDUPAN tu na ? Let me tell you .. heheh..

Firtsly, kita memang dah sedia maklum yang KEHIDUPAN setiap orang adalah berbeza. Makin jauh kita keluar ke dunia makin ramai kita kenal orang. And makin kita tahu tentang KEHIDUPAN. Apa yang aku nak mention hari ni, kita akan banyak tahu tentang KEHIDUPAN melalui perbandingan KEHIDUPAN kita dengan orang lain. For me, this is one of 'What is LIFE?'. yelaa, bila kita kenal orang and kita tahu pasal KEHIDUPAN dia, start pada tu otak kita akan berfikir dan berfikir tentang KEHIDUPAN orang tu.. Tak kira lah KEHIDUPAN orang tu senang mahupun susah. Sekalipun. Kita akan tetap berfikir. Kan ? Kalau tak percaya, cuba korang kenal betul-betul kawan-kawan korang. Mesti korang akan tahu pasal latar belakang KEHIDUPAN dia kan. Even not at all laa.. So, start pada tu korang akan belajar pasal KEHIDUPAN :) *takpaham sila rujuk pakar, okay ? :p

Pencerahan kepada kenyataan kat atas.
Maksud aku, bila kita kenal orang, contoh lah orang tu hidup dia susah kan *aku tak cakap aku orang senang*, kita akan rasa simpati and mula terfikir dan terfikir macam mana dia survive hidup dia dalam keadaan macam tu.. And what if you're in their place ? Pernah tak korang terfikir ? Alaa kalau korang tengok rancangan TV3 Bersamamu, korang mesti rasa simpati kan. And ada yang rasa nak mengalir airmata even taknak mengaku. Kan ? So, point aku bila kita rasa macam tu kita akan fikir balik KEHIDUPAN kita, betapa bersyukurnya kita dilahirkan dalam keadaan yang serba lengkap kan.. Alhamdulillahhi Rabbala'lamin. Rasa macam nak tolong semua orang susah tu, tapi kita pon tak mampu buat macam tu..Mampu tapi sekadar melegakan mereka laa, bukan selamanya, hanya sementara. Apa pulak kalau kita kenal orang yang senang, cukup serba serbi, easy to say orang KAYA laa *saja je nak capslock perkataan tu* :P .... Korang mesti nak kawan dengan orang KAYA ni kan.. Kalau boleh nak BFF (Best Friend Forever) hingga hujung nyawa. ==' Heh... Boleh, memang boleh..Tapi niat korang tu jangan lah sampai nak menumpang kasih sayang KAYA dia tu, takbaik tau.. Kawan kena ikhlas, macam orang kata jangan ambil kesempatan atas kesenangan orang lain. Point aku sebenarnya benda lain.. HUHU.. Macam aku la kan, aku ada ramai sangat kawan *tapi kat fb boleh lagi tekan butang 'AddFriend' tuu* -_- maksud aku xdek la ramai sangat... And kawan-kawan aku mostly la kan, asal family diorang orang yang 'berada' .. And kat situ aku dah terfikir, boleh ke aku join diorang ney ? Hmmmm.. Bolehh, kita nak kawan dengan sape2 pon boleh sebab dimata Allah kita ni semua sama je.. tak kira kaya, miskin, jutawan, fakir, dermawan atau pengemis.. Ingat tu ? Kita semua sama.. Sebenarnya, kalau kita kenal orang yang lagi senang KEHIDUPAN dia, kita akan lebih rasa bersyukur sebab Allah dah bagi kat kita cukup dah.. Mungkin dia dapat lebih sikit sebab dia usaha atau Allah nak uji KEHIDUPAN dia... Kan ? So, kalau korang rasa rendah diri sangat dengan kesenangan, kebijaksanaan, keberjayaan atau apa2 kelebihan orang lain, korang ucaplah Alhamdulillah.. Mesti korang akan rasa, YaAllah bersyukurnya.. And depends pada kita la, rezeki Allah itu luas... Kalau kita ada usaha Allah akan beri ganjaran setimpal dengan usaha kita.. So, jangan risau.. Apa yang paling penting, Usaha. Doa. Tawakaltu a'lallah :)Don't be so humble because there have more others yang taktahu hidup dia macammana.. Lagi kesian kan :'( Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.. cuba jadi macam ney, 'Bersyukur dengan apa yang kita ada tapi orang lain takada' ... :D

Haihh, penat menuleh..Hope korang positive la dengan apa yang aku tuleh kat atas tu.. takada kena mengena dengan sapa2 pon, cuma sekadar pendapat seorang kerdil yang banyak belajar tentang KEHIDUPAN. ^_^

K laa, penat mengantuk tapi macam taknak tido.. HOHO, gagah mata aku, esok macam panda lagi laa.. Haishhh... So, keep calm and say Allah always be with me :D Assalamualaikum .

*KEHIDUPAN* TAJUK SEBENAR ENTRI NI.. huhuhu XD peaceyooowww...


Saturday, 3 August 2013

R.E.S.U.L.T

Assalamualaikum..

Hai korang.. Cakap pasal RESULT, aku terus xdek mood ==' .. RESULT aku teruk sikit sem II ney, entahlah kenapa.. Banyak main kot, tu yang teruk tuu.. haihhh, dah nasib badan.. nak menyesal pon tadek gunanya punnn... Tapi seriously, aku frust menonggeng ney ngan RESULT aku.. sebab tak capai target tulaa, kesimpulannya, sudah jatuh ditimpa tangga. Aduhhhh !! Sakit woo... tangga kayu takpe lagi, ney tangga batu.. mak aihh .
Maybe aku kena usaha lebih lagi sem-sem depan. Bukan maybe tapi must ! Orang lain boleh, takkan aku tak boleh kan.. fighting ! Aku akan cuba.. tapi aku perlukan semangat, dorongan.. takpe ana, Allah ade. Mintak kat DIA.. Allah adalah pendorong yang terbaik :D tak lupa jugak, family.. aku tahu diorang sentiasa bagi semangat walaupun aku tak nampak.. dan aku tahu, ney ujian bulan Ramadhan.. Allah nak uji aku supaya aku boleh ubah diri aku menjadi orang yang lebih baik.. orang yang sabar.. orang yang tabah..
Allah taknak bagi sesuatu yang kita nak tu sebab Allah sediakan sesuatu yang lebih baik. InshaAllah..
Aku percaya kepada rezeki Allah, walaupun perit tapi apa boleh buat.. siapa kita nak halang sesuatu tu berlaku.. Sesungguhnya Allah mengetahui sesuatu yang bakal berlaku dan tersembunyi, sedangkan kita hanya hamba-NYA yang kerdil.. taktahu apa apa, tapi kita boleh berdoa.. minta kat DIA..
InshaAllah DIA bagi..

okay lah, itu je pasal RESULT.. Hanya Allah yang tahu.. :D

tata Assalamualaikum.

Friday, 12 July 2013

Kuantan

Assalamualaikum..

Anyeong ! #moodkoreasat. HAHA..
Now aku ada kat ibu negeri Pahang Darul Makmur, Kuantan. Aku stay sini because I am babysitter right now. HIHIHI... jaga anak sedara.. sambil- sambil tu practise jadi ibu kepada anak-anak. Dah macam jaga anak sendiri tapi kalau anak sendiri feel dia lain kot.. Mana taknya, pagi aku kena hantar p sekolah, petang aku kena p ambik pulak. Pastu petang lagi aku kena masak untuk berbuka (sebab bulan puasa kan) . Tapi bab masak tu aku jarang jugak buat sebab aku tak masuk MasterChef lagi. >_< 

Malam pulak aku relax sikit sebab 'anak-anak' aku tu buat hal masing-masing dengan makbapak kandung diorang.. HUHU.. kira siang jela aku busy, gilaa penat kot. Ingat senang nak jaga budak. Nak kena tahan 'peel' diorg lagi, menangis sane menangis sini, nak itu nak ini, *maaf la korang, maksu kalau ada duit maksu dah belanja korang, maksu pon tengah kering skang ney..HAHA.. Baru kau tahu macam mana Mak kau jaga dulu Cik Ana oii, laginye lah.. Adik beradik aku cakap masa aku kecik, aku nakal.. macam budak laki, selalu kena debik ngan arwah ayah n kena 'ketam' dengan mak.. Entah lah betul ke tak, aku rasa aku baik je masa kecik kecik..XD HAHA baik lah sangat..

Mula-mula aku stay Kuantan ney rasa macam nak balik Jengka.. bosan lah, sebab hari hari buat benda yang sama.. but aku tahu ada hikmah, aku banyak belajar duduk sini, yang paling banyak aku belajar ialah bawak kereta. Aku ney dah ada driving license or easy to say dah ada 'P' but I'm still afraid to drive. Bila aku duduk sini, tiap-tiap hari kena pergi hantar anak buah aku tu, hilang terus rasa takut aku tu.. Aku yakinkan je diri aku. Yela sape lagi nak tolong kita kalau bukan diri kita sendiri, right ? Aku bawak je kereta kakak aku tu, mujurlah kancil..HUUU.. And now aku dah ada rasa confident dalam diri.. tapi aku still berhati-hati lah, ingat apa yang boleh and takboleh. InshaAllah, Allah tolong hambaNya yang berusaha. :D

And satu lagi aku banyak belajar ialah memasak, HUHU.. aku kalau kek ke, kuih ke boleh kata reti.. tapi kalau bab lauk pauk ney, kureng sikit lah.. setakat ayam masak kicap, masak merah tu boleh la.. kalau yang agak complicated bahan-bahan dia meme aku surrender lah kan.. HEHE.. takpe, aku still boleh belajar kan.. kira okay lah aku dapat jugak belajar.. kita ney kalau nak buat sesuatu tu, confident level kena tinggi tapi jangan tinggi sangat nanti gayat, terjatuh pulak.. Biar lah apa hasilnya, tapi kita tetap boleh belajar.. Once kita gagal, itulah pengalaman.. Sweet moment :)

Hajat aku duk Kuantan ney x tercapai lagi,. aku nak sangat lepak kat pantai... tak kesah aa pantai mana pon, janji pantai.. aku tak pegi pegi lagi.. ada je kat belakang rumah kakak aku ney, tapi jalan ke situ macam semak samun sikit, takut pulak nak g sorang sorang.. buatnya keluar ghimau, jadi scene hindustan pulak aku kat pantai tu duk lari lari ngan dia.. HAHA.. nanti lah, aku stay lama lagi ney.. InshaAllah..

Haa lupa nak cite pasal anak buah aku yang baru lahir.. Baby girl, comel sangat, orang kata nanti besar putih, and dia ada dimple kat pipi.. comel, kecik-kecik dah nmpak lesung pipit, nanti besar confirm comel lote lah... Nama dia Syarifah Fatiha Safiyya, sedap kan nama dia.. keturunan Syed sebab ayah die Syed laa.. HEE...semoga besar nanti jadi seorang yang solehah ye :D 

Hmm, k lah korang.. dah lewat, nak tido.. InshaAllah, lain masa aku update lagi..
#Hehe, sapelah nak baca blog ko ney ana oii.. HAHAHA 

Salam Ukhwah..
Jaga Diri, jada Hati and jaga Iman :)

Tuesday, 25 June 2013

Sesuatu yang terpendam

Assalammualaikum..

Korang, korang pernah sedih tak ? mesti pernah kan.. macam mana nak hilangkan eh ? Hari ni aku tetiba jadi sensitif sangat, sentap. Something aku terfikir, kalau lah ada dia mesti dia tolong aku time aku susah macam ney.. yelah, orang tua mana yang boleh duduk diam tengok anak dia susah kan ? adik beradik.. mungkin boleh tapi susah sikit kot.. entahlah..

Apa yang dapat aku ungkapkan kat sini, orang yang jadi anak bongsu memang sangat-sangat teruji. Banyak benda dia kena survive sendiri, if makayah dah xdek.. aku still ade mak ,alhamdulillah.. tapi aku dah xdek ayah.. sedih kan, tapi orang lain lagi sedih, perit, susah payah nak hadapi hidup.. orang lain tu makayah xdek, adik beradik xdek, lagi susah nak bergantung harap.. aku kira bersyukur lah dengan apa yang ada.. aku bersyukur.. Walaupun.....
'Jangan pandang apa yang kita takde, tapi pandang apa yang orang lain takde tapi kita ada, baru kita rasa bersyukur dengan apa yang kita ada' - aku tengah cuba jadi macam ney.. takpe, Allah sentiasa ada kan..

Salam ukhwah :D

Keep smiling and be nice even others never !

Sunday, 2 June 2013

Mood aku sekarang !

Assalammualaikum...

Cakap pasal mood, sekarang aku tengah 'gila'.. sebab ape ? macam-macam hal kena pikir maaa.... *dalam hati istighfar, semua itu adalah ujian Allah.. 


Kan ? ujian Allah je semua tu.. Allah takkan menguji sekiranya hamba-NYA tak mampu.. That is mean, I can face it. 

Sekarang aku kena mengadap esaimen yang banyak gila but almost done la kan.. pastu, minggu depan FINAL EXAM !!! lagilah 'gila' .. aku setadi pon tak habis lagi ni.. main-main je lebih, lagi satu malas.. grrrr -_- aku niat memang nak buang dah sifat huduh aku tu.. dah lama bersarang, aku nak buang !! YaAllah, Engkau rajinkan lah Nurul Farhana Binti Hassan .. dan permudahkanlah segala urusannya YaAllah.. Aamiinnn..

InshaAllah, Dia sentiasa dengar doa hamba-NYA... 


tu je kot. *nmpak sangat xdek mood -_- 

Sekian, terima kasih, jumpa lagi, dilain post :)

:::: mood = Study+dying= studying :D :::::  


Chill lah, layan ni.. kawan aku tunjuk.. sampai sekarang kalau aku nak cari bahan gelak aku tengok ney.. HAHAHA serious lawak habes >_< *sebelum tu korang 'diam'kan dulu lagu kat atas tu




Monday, 4 February 2013

# A word of L.O.V.E #

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh .

Hai semua, harap semua sihat-sihat belaka lah ye ;) Tetiba hari ni rasa nak ber'belog' , HIHIHI...
Entry kali ni pasal (sila rujuk tajuk).. Gatal kan bunyikkkk...HAHAHA, mana pernah la aku nak tulis pasal Cinta Is Love bagai ni.. Tapi ni just part of life kan.. Siapa tak pernah rasa cinta dalam hidup ? --semua orang pernah walaupun dia tak pernah bercinta--
Okay, pada aku cinta adalah sesuatu yang subjektif. Subjektif maksudnya cinta bukan hanya kepada manusia semata-mata. Cinta boleh datang kepada binatang, makanan, bunga, pakaian, muzik, dan banyak lagi lah yang kita boleh jatuh cinta. Bukan kepada manusia semata-mata dan yang utamanya cinta itu milik Yang Hakiki.Yang lebih berhak. Siapa lah kita.

Selalu orang kaitkan cinta ini dengan manusia means more to couple la. Hummmm, aku nak tanya korang balik, perlu ke couple tu ? best ke bercinta tu ? .. Mungkin bagi sesetengah pihak akan membangkang hujah-hujah aku tapi please talk to my hand! This is my own opinion ! And you ! Don't ever say no no no #angkat kening sebelah sambil jari telunjuk goyang ke kiri dan kanan. HAHA.. Just kidding, aku cuma menyatakan pendapat and if ada pendapat aku yang mungkin buat korang, korang and korang tak setuju , sila lah tegur, kita bincang molek deh *wink wink ;)


 'Cinta itu cahaya sanubari, kurniaan Tuhan fitrah insani, dan di mana terciptanya cinta, di situ rindu bermula'

                                                                                                         (InTeam & Mestica- Kerana Cinta)

Jelas lirik tu bagitahu, Cinta tu fitrah yang berlaku dalam setiap kehidupan manusia kerana Allah memang kurniakan cinta dalam hati setiap hamba-Nya. Dan yang paling penting cinta kepada-Nya. Kita manusia sungguh leka dengan cinta dunia. Buktinya ? Tengok lah sekarang, zaman sudah berubah, dunia akhir zaman. Betul lah tu. Kita leka dengan nafsu cinta, kita lagha dibuai cinta, kita sanggup berkoban segala-galanya kerana cinta. Sebab apa boleh jadi macam ni? Sebab cinta itu adalah perasaan yang dikawal oleh nafsu. Nafsu adalah perkara yang paling besar dalam dunia ini (pesanan Imam Ghazali). Dan hanya iman yang mampu mengawal nafsu kita. Iman pulak susah nak jaga, tapi senang nak dapat kalau kita tahu cara bagaimana nak dapatkan iman. Even aku sendiri sering tewas dengan nafsu. Yelah, kita manusia biasa kan.


Eh, dah merepek ke lain pulop #maaf#. Bagi aku cinta itu perlu tapi perlu kepada yang selayaknya dan halal. Memang la , sesetengah orang kata, macam mana nak bercinta kalau kita tak couple ? Heyy, couple je ke jalan yang ada untuk bercinta ? Tak kan.. Wash your brain. Ada cara halal. Tapi bagi korang yang boleh kawal nafsu and jaga iman dengan baik teruskanlah. And adik-adik yang nak bercinta tu fikir-fikirlah banyak kali dik, finish your study dulu. Cintan cintun tu tak bawak kemana..


Siezly, masa aku muda-muda dulu, ada jugak rasa dihati nak ada yang disayangi dan menyayangi. Siapa tak nak ada orang sayang kan :) .. Tapi tu lah, aku tak nak.. Hehe, cakap jela tak dak yang berkenan kat hang ana oii... HAHAHAHA (gelakkan dia ~~~) Biasanya, kalau umur teenager ni selalu fikir pasal couple, siapa couple aku? Henseng/lawo ke dop ? Sayang aku ke dop ? and bla blaa blaaa... Tapi bila umur sudah menginjak ke angka 2 ni, aku dah 'terfikir' lebih daripada makna couple tu.#korang faham kan? buatbuat faham la, aku malas nak explain# hewhewhew.. So macam tu la aku rasa, rasa ape ? (cuit pinggang) oh mak kau rasa nak kahwin !! Mak kau rasa nak kahwin ? o.O ... Haha, not yet but just thinking and thinking . Hummm, ada yang cakap jodoh kita sampai bila kita betul-betul bersedia , Inshaa Allah. Jodoh itu rahsia Allah. Dia yang tahu semuanya. Dia yang atur semuanya. Kita ? Cuma berdoa berdoa dan berdoa dan bertawakal. Semoga dipertemukan jodoh yang baik, soleh/solehah, sihat tubuh badan dan yang lain-lain.Mintak kat Dia, Inshaa Allah, Dia bagi.. Dan seandainya kita tak dapat, maknanya Dia dah sediakan yang terbaik dan yang lagi baik untuk hamba-Nya. Tapi yang penting cinta pada Yang Satu.


Cinta kepada manusia kadang-kadang menyakitkan dan menghampakan. Tetapi, cinta kepada Allah dan Rasul sentiasa merasai ketenangan dan tidak pernah mengecewakan :D I LOVE ALLAH & RASULULLAH S.A.W ..... 




Bismillah hirrahmanirrahim
Ya Allah, sekiranya aku jatuh cinta, Engkau labuhkan lah cintaku kepada hamba-Mu yang sentiasa melabuhkan cintanya kepada-Mu .
Aamiinnn :D

Salam cinta dariku :S

Friday, 11 January 2013

First Time ! =='

Assalamualaikum.. hai kalian semua !

Apa yang first time nye na ?

Humm.....(berfikir)

Tak ada yang special sangat lah pasal first time ni.. Saje nak ceghite-ceghite.

Semalam bersamaan 10 Jan 2013, aku off to Rawang.. Buat ape ? Pergi rumah abang aku laa, hantar barang.. Haaaa, ni la first time aku pergi rumah my abang naik KTM(ana tipu, masa kecik pernah laa)..
==' okay, ni first time aku pergi since aku belajar kat UKM, puas hati ? --maaf merepek-- biasa pergi naik car tapi ni kenalah naik KTM pulak, barulah berdikari(kata abgku).. Haha
Masa pergi tu okaylah sikit sebab KTM ke Rawang dari UKM sehala je, so tak yah turun tukar train bagai.
Balik pun sama lah jugak kan ! >__<  hehe.. Cuma balik tadi macam-macam benda jadi..

Haa ni koi cite siket, tepat lepas orang balik dari solat Jumaat  bersamaan 11 Jan 2013 hari ni, abang aku hantar la adik dia yang 'sweet' ni kat stesen KTM Rawang.. Kebetulan pulak abang aku memang nak balik kampung hari ni..huwaaaa :'( tak dapat nak ikut balik sekali because Final x abeh agy haihh... Macam biasalah aku beli tiket dekat kaunter tiket(no 2), sampai depan kaunter dengan confident level yang tinggi, aku cakap,


Budak confius: Rawang kak.

Akak KTM: Apa?
Budak confius: Rawang kakkk..
Akak KTM:Rawang mana pulak ??

Tetiba aku pelik, halamak kauuu silap cakap kot.. Haha #setepek malu


Budak confius: Eh silap, UKM kak... heheeee :D (senyum tunjuk gigi)


Dah la aku cakap agak kuat, kira orang belakang depan tepi boleh dengar laa.. Tapi aku buat tak tahu je, dalam hati, Ya Allah cepatlah sikit train sampai.. Malu! hehehe


And yang satu lagi, mungkin berbekalkan confident level yang tinggi tadi, lagi sekali aku confident naik tangga ke Platform 2 and 3 sebab aku fikir semalam aku turun Platform 1 so nak ke Sungai Gadut naik kat Platform 2 la kot #maaf sangkaan anda benar-benar meleset#, siap masuk train and mujur la tak duduk lagi dalam train tu.. Kali ni aku salah Platform pulak, haihh buat perangai betul la ko ni naa.. hehe, nasib baik aku baca kat skrin tulis Tanjung Malim 15:30, tak jadi la naik kan.. so aku tunggu la kat platform yang salah tu. Tak lama lepas tu, ada train kat paltform 3 pulak and kebetulan ada lah abang KTM lalu kat situ, aku pon tanyalah dia..


Budak confius: Bang, train ni g mane ea ?

Abang KTM: Adik nak g mane?
Budak confius:Nak g UKM.
Abang KTM:Eh, nk g UKM train Platform 1 sebelah sana. Naik yang nak ke Sungai Gadut.
Budak confius: Ohh.. yeke bang, patot la (ayat cover) .. Takpelah, terima kasih lah bang !
Abang KTM: (angguk, mcm cover2 senyum pon ada)

Haissshhh, malu lagi.. Dalam hati, Ya Allah mintak2 lah abang tu tak ingat muka aku dah.. Hahahahaha

haiiiii si Ana..
Then, aku tunggu la train kat Platform 1 ..tepat pukul 4 ada train ke Sungai Gadut..Alhamdulillah, lega aku rasa, cuba bayangkan kalau aku salah naik train tadi ? #tersesat di negara sendiri, haishhhh... >.<

Tak nak ceghita yang dalam train sebab paham-paham lah kalau dah naik train petang-petang, sangat ramai makhluk Allah yang pelbagai bangsa. Mood dalam train: mengantuk+tertidur lagi.


1jam 30 minit berlalu, Ukm Ukm Please mind your step (suara gadis Ktm)


Alhamdulillah, sampai akhirnya..  On the way nak ke paltform belah sana, tiba-tiba ada call (bunyi lagu Korea).. ==' , no tak kenal pulak tu..Then aku angkat,


Budak confius: Hello, Assalamualaikum..

Si pemanggil: Waalaikummussalam..(suara perempuan)
Budak confius: Sape ni ye?
Si pemanggil: Boleh cakap dengan Milah(bukan nama sebenar sbb aku tak ingat)
Budak confius: Hah ? siapa ?
Si pemanggil:Alaaa Milah tu.. ni menantu Makcik Suria(bukan nama sebenar) kan, Ayu yang duk perak bini Amir ??
Budak confius: Hah ? Eh, bukanlah.. saya rasa makcik salah nombor ni.
Si pemanggil: Eh, betul la kan.. Mane Milah ? Nak cakap dengan dia. (confident habis)
Budak confius: Bukan, salah nombor ni, saya bukan Ayu..
Si pemanggil: Ohh yeke, ok takpelah, maaf ye..
Budak confius: Okay xpe-xpe..

Letak phone. Halamak, macam-macam hal.. Dah lah aku ni tengah berperang dengan diri sendiri tadi, pastu orang salah call pulak, yang kelakarnya dengan cofident dia nak betulkan jugak.. Mana dia dapat confident tu tak tahu laa hehehe..#daripada aku kot.. Maaflah makcik, saya tak kahwin lagi, saya xdek suami nama Amir ==' tak pasal-pasal dapat title bini oghang.. Lawak rase, hahahahaaaa..XD

Alhamdulillah, sampai2 bas Rengit ada.. Hihi, seronok.. Allah permudahkan..then, selamatlah aku sampai kat KKM..


#moral of the story

Pengalaman adalah guru terbaik yang mengajar kita erti kehidupan :) walaupun aku salah tapi takpe, aku kan student, kenalah belajar :D And nak pesan ni untuk diri sendiri and sape2 jela, walau macam mane susah sekali pun sesuatu tu, redah je.. In shaa Allah, Allah ada nak tolong. Percaya dengan diri sendiri. Ya, aku percaya dengan diri aku !! walaupun malu sebenarnya.. HAHA
okay, aku melabuhkan tirai di sini, sekarang sangat-sangat penat, mahu tidur bahhh..ZzZzzz, k jaga diri, jaga hati, jaga iman :D

Assalamualaikum.





#tiket balik tadi, yang pergi hari tu pakcik KTM dah ambik. Hehe#

Wednesday, 2 January 2013

~Psikologi ohh Psikologi ~~~~

Assalamualaikum...

Tepat jam 12 tengah hari nanti, aku ada paper Psikologi. Memang psiko la kan and sekarang dah jam 1 pagi lebih.. Aku tak boleh nak tidur sebab risau segala bagai.. Tu yang menghadap 'Cik Lappy' sekejap, (sekejap je ==' ) 

Apa-apa hal aku bertawakal dengan usaha aku, Inshaa Allah, Allah Maha Mendengar doa hamba-Nya.. lari kok mana pon, kena tempuh juga.. Setadi pon setadi, tapi tak tahu lah tang mana yang masuk nanti.

Okay lah, tak ada yang menarik pon..

::mood : Study sampai pagi :: (+__+) 

:):):)