Followers
Sunday, 25 May 2014
Semakin aku lari semakin laju dia kejar.
Assalamualaikum w.b.t.
Manusia memang tak lari daripada menerima dugaan dan ujian. Kekadang kita boleh dengan ujian yang kita hadapi and kekadang kita lari. Kenapa perlu lari ? Setiap dugaan dan ujian itu Allah dah hantar sekali pakej dengan penyelesaian. Tak perlu lari. Tempuh tapi berhati-hati terutama dengan nafsu. Jaga Iman masa tu. Takde apa Allah nak uji melainkan Iman kita. Kalau Iman kita masih dalam keadaan sedar, kita akan tempuh dugaan dalam keadaan yang boleh dikawal. In sha Allah. So, fikirkan yang terbaik untuk diri kita, diri orang lain, maruah agama, bangsa dan negara. *tetiba*. Jangan mengeluh yep!
Tak nak tulis pepanjang. Nak tulis sikit je harini. K tata :D
Salam ukhwah.
Tuesday, 20 May 2014
Heart-ty
Assalamualaikum.
Hai.
Korang tahu tak, bila tiba aku sedih, aku cari siapa ? Aku cari ayah. Ayah, orang sentiasa dengar luahan hati anak dia. Ayah, yang sentiasa teman anak dia. Ayah, yang sanggup buat apa saja untuk anak dia. Tapi, macam mana kalau Ayah dah takde ? Allahu Rabb.
Kuatkan hatiku. Aku merintih sendiri. Aku rindu Ayah. Rindu sangat. Rindu nak cium tangan dia. Rindu nak peluk dia. Rindu nak cium pipi dia. Rindu semua. Aku dah cuba untuk kuat. Aku dah cuba. Alhamdulillah, sampai sekarang aku kuat padahal takde siapa tahu time aku takkuat. Aku ngadu kat Allah. Kenapa aku rindu orang yang dah takde ? Babe, Ayah kot. Ayah yang rapat dengan anak bongsu dia yang ego sembunyi manja. Aku menyesal selama dia hidup, aku tak dapat bagi sepenuhnya apa yang dia harapkan. Banyak kali aku rebah lepas dia takde. Weh, siapa lagi yang sanggup tolong kita melainkan mak bapak ? Adik beradik ? Maybe, tapi susah. Aku takcakap adik beradik tu tak tolong, cuma dorang banyak komitmen lain, tanggungjawab lain, lebih lebih lagi kalau dorang dah kahwin. Nak bagi komitmen untuk adik adik tu macam susah. Ok takpe, aku faham. Lumrah hidup.
Aku cakap macam aku takde Mak kan. Bukan. Aku ada Mak. Dialah satu satunya semangat kedua aku selepas Ayah. Sekarang, tinggal dia je. Aku sayang gila kat Mak. Mak segala galanya. Mak lah Ayah dan Mak lah Mak. Mak buat semua. Mak fikir semua. Aku tak sanggup tengok Mak sedih. Aku sedih bila Mak sensorang. Mak sanggup buat semua untuk aku. Untuk satu satunya anak dia yang bongsu, yang belajar hidup jatuh bangun, yang still bertatih harungi hidup, yang banyak minta itu ini, yang banyak menyusahkan dia, yang banyak kerenah, yang kuat merajuk, yang kadang kadang lupa dia sebab leka dengan kawan kawan, dan macam macam perangai pelik. Mak sabar, tabah, hadap semua tu. Mak kuat sangat sampai aku nak jadi macam Mak. Macam mana Mak boleh setabah tu ? Hidup tanpa Ayah dan kena besarkan anak dia sensorang. Allahu Rabb, Engkau berikanlah kekuatan kepada Mak aku ketika harungi hidup, berkatilah hidup dia, jangan bagi dia sedih, gembirakanlah hati dia YaAllah. Aku mohon.
Mungkin orang cakap. Sabar, orang lain kan ada. Yes. Memang orang lain ada, tapi orang yang tak rasa kehilangan orang yang macam nyawa takkan faham even korang cakap, 'Takpe, aku faham'. Ekceli, korang faham tapi korang tak rasa apa yang ada dalam hati. Masing masing ada kisah tapi saat hadap semua tu, lain lain rasa, lain lain situasi.
Ana, ko kena kuat. Allah bagi ujian sebab Allah tahu ko mampu. Ko kuat. Ko kena banyak berubah. Orang lain tu boleh je. Takkan ko takboleh? Kan. Takpe, Allah kan ada. Mak ada. Abang kakak ada. Anak anak sedara ada. Sedara mara ada. Beruntunglah daripada takde sesapa. Kalau takde sesapa pun, Allah tetap ada. You are strong dear heart. Tak macam daun kering yang dipijak rapuh, meskipun kekadang ada jadi macam tu.
Ok, sekian.
Salam.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)