Followers

Sunday, 29 July 2018

Practical Life

Assalamualaikum peoples.
Post harini nak cerita pasal kehidupan semasa menjalani praktikal also known as latihan industri (LI). Kebiasaannya LI ni students lepasan IPTA/S wajib alami.
Okay. First pasal LI ialah tempat kita nak jalani praktikal. Kalau bab tempat ni korang kena rajin survey awal awal. Jangan pilih tempat praktikal yang jauh menyimpang nyiur (simpang siur) daripada your course dekat IPT. Sebab apa tau, time praktikal ni la korang kena cari pengalaman sepenuhnya tentang kos yang korang ambik kat IPT. Contoh, kalau korang bidang ekonomi, pilih tempat yang korang boleh apply apa yang korang belajar. Kalau rasa nak jimat, pilih la tempat yang dekat dekat je dengan rumah korang. Kalau nak independent and more privacy daripada orang lain, boleh pilih tempat yang jauh sikit. It's up to you.
Second, apa yang korang nak apply kat tempat tu? Biasanya penyelia organisasi korang akan tahu kriteria yang sesuai untuk tempatkan korang dekat jabatan dia. Penyelia adalah orang yang berpengalaman and you should ask everything tanpa rasa malu sebab praktikal means belajar bukan kerja jadi kuli. Tak tahu tanya k. Tanya penyelia korang apa yang sesuai untuk korang apply dengan apa yang korang dah belajar (masa ni prepare jawapan pasal kos korang, jangan kantoi taktahu sudah). Jangan malu bertanya and time praktikal korang buat je semua kerja yanh dorang suruh buat. Everything. Kalau dia mintak tolong apa apa pon buat je. Kenapa tau, sebab kita belajar. Maybe ada certain pendapat akan cakap, jangan   buat kerja yang takde kaitan dengan kos kita. You are S41 (k contoh). But for me, if dorang suruh kau pergi fotostat something kan contohnya. Then kau tak tahu nak guna mesin fotostat (haa time ni memang keluar gelabah beruk kau). Lepastu kau akan tanya orang kan cara nak guna mesin fotostat tu. Nahhhhh you can do it yourself lepas kau dah tahu. Point aku kat sini, nanti bila dah kerja S42 44 and so on, takdeklah tak reti langsung nak guna mesin fotostat tu. Belajar tinggi pegang scroll tapi mesin fotostat pon tak reti guna. Just my opinion la. Apa salahnya tolong kan 
Third, pasal staf. Ok yang staf ni korang kena pandai bawak diri sendiri sampai lah boleh bergaul dengan dorang and keluar minum cendol bersama. Ramah ramahkan mulut tu nak bina rapport dengan staf. Kekadang orang lama ni, dorang ada ego sendiri. Dorang takkan datang borak dengan korang kalau korang sendiri tak pergi terkedek kedek borak dengan dorang. Ingat, jangan lupa senyum je. Dorang tengah masam mencuka pon korang kena senyum. Sebab senyum tu ada virus positif and boleh merebak then berjangkit kat orang lain. Chill sudah. Kalau kau perempuan, behave dengan staf lelaki. Sebab nak avoid orang membawang pasal kau lah. Kang tak pasal-pasal dapat title 'Budak Praktikal Gedik'. Nak ke?? Hahahahaha. So, behave yourself k. Tak susah pun, just kena pandai bawak diri. Kalau rasa macam payah nak masuk dengan dorang, at least kau jangan sombong or berlagak tahu semua benda. Let your egos down. Masa ni la nak belajar, tahu semua benda. Nanti dah kerja, kalau tak tahu nak buat ada pulak yang membawang 'Semua benda nak kena ajar, takkan tu pun taktahu'. Kalau tengah praktikal takpe, at least benda paling pedih pun 'Alah budak praktikal, no wonder la taktahu' hahahahaha. Am I right? So dik, tabahkan jela diri jadi budak praktikal tu. Kau jangan acah-acah kau pandai sangat k. Masa ni la nak merasa jadi 'bodoh' dengan semua benda baru and orang takkan kecam (sorry for that 'bodoh'). 'Bodoh' kat situ means kita taktahu then kita kena belajar sampau tahu. 

Ok jap. Lenguh nak taip. 

Rasanya sampai sini jela kot. Macam takde pape sangat kan tapi kau hadam la apa hakak cakap dik hahahaha. Taknak hadam pun takpe and banyak lagi tips kat tempat lain. Ikutkan hati hakak nak letak 100 tips kat sini tapi nanti lah kalau ada masa lagi sis update lain k. K lah bye. Assalamualaikum.

Salam sayang <3
Ana 


*Sebenarnya post ni should be posted on 2016 but tertangguh je so 2018 baru nak post kahkahkah 2 tahun kau.