Followers

Monday, 31 December 2012

Patah Tumbuh, Hilang Berganti.. Selamat Tahun Baru 2013 !!

Assalamualaikum... 
Memandangkan dah masuk tahun baru, and sebelum terlambat.......
# Selamat Tahun Baru 2013 # :)

Sunday, 30 December 2012

aku punya Dia ~_~

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

~Kerna Kau yang Satu

yang setia bersamaku
di kala ku jatuh ku bangkit kerna-Mu
ku tahu ku ada-Mu di sisi ku selalu
bantulah hamba-Mu mencari keredhaan-Mu~~
#najwalatif-Ku ada-Mu

:: Terngiang-ngiang lagu ni :') sebab aku kena kuat sekarang ni.. banyak benda nak kena fikir. Nak fikirr pasal exam, pasal study, pasal orang, macam-macam pasal la. Sebak, sedih, kecewa semua ada. Aku perlukan kekuatan dikala aku diuji.. Aku tak kuat sekarang, tapi macam mana aku nak kuat kalau aku sendiri tak nak kuatkan semangat dalam diri..


~Merenung ke luar jendela, melihat kebesaran-Nya..

Ada orang kata, kalau kita terlampau sedih atau terlampau gembira, pergi renung ciptaan Allah.. Kita dapat rasa kewujudan Dia.. Kita akan rasa dekatnya Dia dengan kita.. Subhanallah, indahnya ciptaan-Mu, Ya Allah... sesungguhnya, aku hanya manusia kerdil yang tidak mempunyai kelebihan melebihi orang, tetapi mempunyai banyak kekurangan.. Walhal, manusia adalah sama, kelebihan dan kekuatan manusia adalah sama... Semua itu Dia yang bagi, kita perlu bersyukur dengan nikmat yang diberikan.

Ya Allah, sesungguhnya segala kekurangan yang aku ada , aku terima dan aku redha dan aku akan cuba memperbaiki.. aku tahu ada hikmah disebalik semua itu, aku tahu aku mampu mengatasinya.. aku tahu Engkau sentiasa ada di sisi aku, aku hanya ada Engkau di saat orang lain mengenepikan aku...

Semoga kita semua sentiasa dekat dengan-Nya dan diberkati oleh-Nya selalu.. Akhir kata, jaga diri, jaga hati , jaga Iman :'D

#Assalamualaikum#

salam muhibbah .

Friday, 28 December 2012

You Is Your Life

assalamualaikum dan salam sweet gula-gula manis :D

korang sihat ? krik krik.. macam lah orang boleh jawab ana...>< , Tak pe lah, hope korang sihat eh...

aku sihat alhamdulillah (even xdek yang nak tanya).. whatever la kan, yang penting kita mesti bersyukur kepada ALLAH SWT sebab masih memberi kesempatan untuk kita bernafas, masih membenarkan oksigen dan karbon dioksida bekerja, masih membenarkan darah melalui jalan-jalan uratnya , dan kita mampu lagi berdiri dengan kaki sendiri untuk menjalani kehidupan sebagai seorang khalifah di muka bumi Allah ini.. Alhamdulillah hirabbil 'alamin.. Itulah nikmat yang paling berharga yang sepatutnya kita tunduk merendah diri kepada-Nya memohon kesyukuran.. AMIN

#__# back to the topic..

Life is Kehidupan ( actually yang kat atas tu pon kehidupan, ana ,aptb !)tak kesah lah tu,
Kehidupan..humm, apa itu Kehidupan ? kata dasar dia 'hidup'.. ini bermakna kehidupan adalah hidup seseorang atau kisah hidup seseorang. Apa kena mengena dengan aku ? Okay, aku adalah manusia biasa dan mempunyai kisah hidup tersendiri sama ada orang lain tahu atau tak. Rasanya ramai yang tak tahu kan kan ?hehe . buat apa nak tahu, aku bukan artist atau orang penting pun, hanya seorang hamba-Nya yang masih kuat menjalani dugaan dan cabaran dunia. Hidup penuh dengan dugaan dan cabaran, memang manusia tidak akan terlepas daripada diuji , sedangkan Nabi Muhammad yang maksum pun diuji, ini kan kita manusia biasa yang memang jauh bezanya kan... kelebihan yang diberi kepada kita, bila-bila masa je ALLAH boleh tarik balik dan setiap keburukan yang kita ada kadang-kadang boleh tukar jadi kelebihan kita..  setiap apa yang ALLAH bagi tu memang ada sebabnya, kita je yang tak tahu..tak cari..tak ambik tahu.. kan ? +__+

Makin hari makin banyak benda aku belajar soal hidup.. sebenarnya kita sendiri yang perlu pandai mencorakkan hidup kita selepas ibu dan ayah kita cuba untuk mencorakkan hidup kita semasa kita kecil.. Bayangkan ibu dan ayah kita yang dah banyak mendidik kita sampai sekarang pun sebenarnya masih mendidik.. jadi, sangat perlu kita sebagai anak menghargai orang yang telah mencorakkan hidup kita dengan baik .



'Kadang-kadang kita berada di atas, kadang-kadang kita berada di bawah. Tak kira la berapa banyak kadang-kadang pon, aku tak pernah bersendirian, Allah kan ada'


*tertarik dengan ayat atas ni.. walaupun kita ada kat atas atau kat bawah, dalam susah dan senang Allah tetap ada dekat dengan kita. Cuma kita je kadang-kadang alpa, lupa , leka dengan dunia ni semua.. Manusia..


Hari ni pun dah berapa banyak aku belajar.. lumrah hidup, macam-macam dugaan datang tapi berbekalkan semangat yang aku kumpul dari mana entah dapat jugak aku tempuh.. aku kuat semangat walaupun tiada yang bagi, aku cuma pohon kat Dia .. aku cuba juga walaupun aku tahu benda tu mustahil, tak pe lah kan kalau mustahil pun yang penting kita tahu apa tujuan kita..kita takkan dapat rasa selagi kita tak mengalami, so orang lain tak dapat rasa apa yang kita rasa tapi cukup sekadar mereka faham keadaan kita.. 


Akhir kata, kalau rasa tak sedap badan, makanlah ubat.. heheee :D sebab dua tiga menjak ni kan cuaca tak menentu hewhew... 


#tirai dilabuhkan#

tata ^^,
assalamualaikum :D


Monday, 24 December 2012

Teka-teki: Benda apa yang semakin hari semakin bertambah ?

Assalamualaikum semua :D Hope semua sihat-sihat belaka lah yek ... Aku ? baru sihat sebab demam semalam.. hehehe (tu pon nak mention kan! =P ).....

Eheemm.. korang tahu jawapan soalan atas tu ? Ulang soalan ye, benda apa yang semakin hari semakin bertambah dan takkan pernah sesekali berkurang ? macam bertambah je soalan tu hewhew :D
Siapa tahu jawapan dia sebut 'Ana !!!' ehehehe , mesti ramai sebut kan, of cos la name I .. HaHaHa... bukkk! orang sebelah tolak bahu, Ana dalam bahasa Arab kan 'Saya'... #maaf perasan#

% Be seriuos %
Jawapannya ialah UMUR. Betul lah kan, umur mana boleh berkurang tetapi akan bertambah setiap tahun..
Ehem ehem.. sebenarnya nak mention, baru-baru ni kan, umur aku dah masuk 20 tahun pada 18 Disember 2012 ! yeyy ! selamat hari lahir Ana :D (na , orang lain umur 40, 50 tahun tak kecoh pon)... bukan nak kecoh, cuma nak cakap je yang umurku sudah ke angka 2.. >_<

So umur  yang meningkat matang, hopefully orang nya semakin matang dan dan dan semakin dewasa :D Inshaa Allah.. dewasa akal dan minda, dewasa iman dan takwa, Amiinnn...

Selama 20 tahun hidup, macam-macam dah aku tempuh.. ckp macam hidup 200 tahun pulak, tapi at least banyak benda yang aku belajar dalam hidup, dari aku lahir sampai lah sekolah rendah, then sambung sekolah menengah (last Form Six).. Pastu dah masuk U... kalau sebut macam sekejap je kan, tapi nak lalui macam-macam Allah bagi dugaan. Seriously, dugaan paling besar aku hadapi time arwah ayah aku pergi, can you imagine, sebulan sebelum SPM... Allah memang sedang menguji aku time tuh, tapi apa boleh buat kan, siapa kita nak halang semua tu ,Alhamdulillah aku ada family and kawan-kawan yang banyak sangat support aku masa tu..Love u all <3 (T_T) muhasabah diri , Al-fatihah buat arwah ayah Hassan Bin Mat Kassim, semoga rohnya sentiasa dirahmati dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beiman... Amiinnn..

Selama 20 tahun jugak, benda yang paling gembira dalam hidup aku ialah dapat gembira kan mak ... sebab dapat masuk U !! Alhamdulillah, selama ni duk tengok orang masuk U sane, masuk U sini... akhirnya, aku dah jejak .. Terima kasih Ya Rabb :D :') kita mampu merancang, Dia yang menentukan kan ?

Selama 20 tahun jugak.. macam-macam aku tempuh, tentang kawan and sahabat and cinta?? oh tidak.. kawan and sahabat je... kawan and sahabat macam sama kan, kawan semua orang kita boleh kawan, duk ceruk mane pon kalau kita nak kawan, kita boleh dapat kawan (tak paham na.. )hukhuk, maknanya sampai hujung dunia pon kita still boleh dapat cari kawan a.k.a member...Tatapi (nada Ahmad Nisfu) sahabat :D .. susah nak rungkaikan, susah jugak nak mencarinya.. and sahabat aku pon ramai, tapi tak tahula dorang anggap aku ni sahabat atau tak, hewhewhew .. sedih pulak mendengornye,, TT ..
okay nevermind, apa-apa pon sahabat itu sentiasa di sisi sahabatnya tatkala susah atau senang.. cehhh , ayat tak tahan ! heeee :D Tapi betul la tuh.. kadang-kadang aku terfikir, kita beria nak cari sahabat tapi pernah terfikir ke adakah kita ni mampu jadi sahabat tatkala susah dan senang seseorang kan ? hummm, nak dapat seorang sahabat susah dan senang, ubahlah diri sendiri dulu menjadi sahabat susah dan senang.. barulah dapat kan, .. Motivasi diri....

Mase birthday hari tu kan, aku dapat banyak sangat kek !! hehe, thanks korang yang bagi tuh... sape yang bagi tuh ?? hehehe .okay, meh nak mention sikit, thanks to Hazim, Soraya, Dayah, Ielah, Fathiah and to my roomate also,    Wawa Zainal , eh Wawa jela... >__<.. thanks to Ieda bagi Cadbury Black Forest (faveret taw hehe), Farhana Mursyida bagi keris O_o mentang2 kite duk Keris Mas kan.haha :P haaa Elin jugak yang belanje saye makan tengah hari.. hehehe.. and sweet lagi Paan and Fazz sanggup datang KKM hantar kek kat sayee!! hewhewhew.. Terbaekkk la korang! Muahhh <3 , seronok lah ngan korang ni.. tak sampai setahun kita kenal kan dah macam2 sweet moment :) aku doakan hubungan kita kekal sampai bila-bila... Aamiinnnn.... terima kasih jugak dekat yang wish sama ada kat fb atau kat mane2 lah kan.. terima kasih tak terhingga #macam berucap menang ABP pulak ==' # hahahaa... btw, terima kasih daun keladi, next year bagi lagi .. hehe (gurau) apa-apa pon bentuk, saya tetap mengahargainya.. semoga Allah dapat membalas budi baik korang ye :)


Cop! Dah lari topik weh...hewhew :3.. so kesimpulannya, tak yah kira la umur tu berapa sekali pun, kita tetap kena tempuh hidup jugak kan, nak cakap soal mati, bukan umur jadi jawapannya, sebab mati tak mengira peringkat umur, sedangkan bayi pon boleh meniggal ketika lahir, inikan kita yang dah lahir..teruskan hidup, perbaiki diri, jaga hati, jaga iman.... :D


Rasanya, cukup sampai disini saja # terngiang-ngiang lagu Nirwana-Sudah Cukup Sudah.. sampai disini je coretan ku yang agak biasa untuk ditatap , dibaca and dihayati... :D
semoga korang semua sentiasa diberkati dan dirahmati oleh-NYA... dan semoga setiap doa yang korang titipkan akan sentiasa termakbul... Aaminn Ya Rabb :)

Jom ! Tengok gambar :D heeeeeeeeeeee




Taraaaaaaaa !!! Ni la kek yang aku dapat :D so sweet hehehehe.. thanks korang.. tp ade lagi, yang lain-lain tu xsmpat nak snap sbb dah abih awal-awal lagi..huhu :) btw terima kasih banyak-banyak # Arigato gozaimas , haik !

my friends :))))))


               #ramai lagi coursemates tapi yang ney je yang smpat snap.. lain kali kite posing2 lagi yep :D


Ni.. Faz and Paan datang buat surprise la kononnya, last-last kantoi... hehehe XD

Tak lupa juga geng-geng Form Six 2011, korang kawan aku sampai bila-bila (tetibe teringat zaman tu TT ) lama tak jumpa tak bermakna tak ingat ... 






miss you all !!! kalau boleh nak letak banyak-banyak gambar korang sebab banyak sangat.. huhuhu :D



gambar aku waktu sekolah rendah, comel kan.. hahahahah XD tapi bila dah besaaaaaa....


haaaa lagi comel... hewhewhew :3 kan kan.. 
#maaf anda dilahirkan sebagai seorang yang sangat-sangat perasan , Ana !!
hahaha.. takdek lah, saje je bergurau kan.. saje nak hepy-hepy(xdek kate ganda dalam BI mcm ney)... 
So kalau ada apa-apa salah dan silap atau menyinggung perasaan , harap dapat maafkan.. saya hanya insan kerdil yang tak mampu nak gembirakan hati semua orang... 
ha sebelum terlupa , saya nak mintak maaf dekat semua yang mengenali dan yang tak mengenali jugak.. mohon ampun silap dan salah ==' dah nak final exam.. baru pandai nak mintak maaf :D tak kisahlah tuh..

Okay, dah xdek idea (O__O).. hope korang semua ceria selalu, jangan nakal-nakal, jangan marah-marah and so on laaaa.. ><
jaga diri, jaga hati, and jaga Iman :D
Assalamualaikum semua :)