assalamualaikum dan salam sweet gula-gula manis :D
korang sihat ? krik krik.. macam lah orang boleh jawab ana...>< , Tak pe lah, hope korang sihat eh...
aku sihat alhamdulillah (even xdek yang nak tanya).. whatever la kan, yang penting kita mesti bersyukur kepada ALLAH SWT sebab masih memberi kesempatan untuk kita bernafas, masih membenarkan oksigen dan karbon dioksida bekerja, masih membenarkan darah melalui jalan-jalan uratnya , dan kita mampu lagi berdiri dengan kaki sendiri untuk menjalani kehidupan sebagai seorang khalifah di muka bumi Allah ini.. Alhamdulillah hirabbil 'alamin.. Itulah nikmat yang paling berharga yang sepatutnya kita tunduk merendah diri kepada-Nya memohon kesyukuran.. AMIN
#__# back to the topic..
Life is Kehidupan ( actually yang kat atas tu pon kehidupan, ana ,aptb !)tak kesah lah tu,
Kehidupan..humm, apa itu Kehidupan ? kata dasar dia 'hidup'.. ini bermakna kehidupan adalah hidup seseorang atau kisah hidup seseorang. Apa kena mengena dengan aku ? Okay, aku adalah manusia biasa dan mempunyai kisah hidup tersendiri sama ada orang lain tahu atau tak. Rasanya ramai yang tak tahu kan kan ?hehe . buat apa nak tahu, aku bukan artist atau orang penting pun, hanya seorang hamba-Nya yang masih kuat menjalani dugaan dan cabaran dunia. Hidup penuh dengan dugaan dan cabaran, memang manusia tidak akan terlepas daripada diuji , sedangkan Nabi Muhammad yang maksum pun diuji, ini kan kita manusia biasa yang memang jauh bezanya kan... kelebihan yang diberi kepada kita, bila-bila masa je ALLAH boleh tarik balik dan setiap keburukan yang kita ada kadang-kadang boleh tukar jadi kelebihan kita.. setiap apa yang ALLAH bagi tu memang ada sebabnya, kita je yang tak tahu..tak cari..tak ambik tahu.. kan ? +__+
Makin hari makin banyak benda aku belajar soal hidup.. sebenarnya kita sendiri yang perlu pandai mencorakkan hidup kita selepas ibu dan ayah kita cuba untuk mencorakkan hidup kita semasa kita kecil.. Bayangkan ibu dan ayah kita yang dah banyak mendidik kita sampai sekarang pun sebenarnya masih mendidik.. jadi, sangat perlu kita sebagai anak menghargai orang yang telah mencorakkan hidup kita dengan baik .
'Kadang-kadang kita berada di atas, kadang-kadang kita berada di bawah. Tak kira la berapa banyak kadang-kadang pon, aku tak pernah bersendirian, Allah kan ada'
*tertarik dengan ayat atas ni.. walaupun kita ada kat atas atau kat bawah, dalam susah dan senang Allah tetap ada dekat dengan kita. Cuma kita je kadang-kadang alpa, lupa , leka dengan dunia ni semua.. Manusia..
Hari ni pun dah berapa banyak aku belajar.. lumrah hidup, macam-macam dugaan datang tapi berbekalkan semangat yang aku kumpul dari mana entah dapat jugak aku tempuh.. aku kuat semangat walaupun tiada yang bagi, aku cuma pohon kat Dia .. aku cuba juga walaupun aku tahu benda tu mustahil, tak pe lah kan kalau mustahil pun yang penting kita tahu apa tujuan kita..kita takkan dapat rasa selagi kita tak mengalami, so orang lain tak dapat rasa apa yang kita rasa tapi cukup sekadar mereka faham keadaan kita..
Akhir kata, kalau rasa tak sedap badan, makanlah ubat.. heheee :D sebab dua tiga menjak ni kan cuaca tak menentu hewhew...
#tirai dilabuhkan#
tata ^^,
assalamualaikum :D
No comments :
Post a Comment