Followers

Monday, 3 February 2014

:: Senyuman ::

Bibir terletak
Untuk sebuah senyuman
Yang kekadang wujud
Yang kekadang hilang

Senyuman
Manis bila ditatap
Jika ia untuk perkara yang 'sweet'
Takut bila ditatap
Jika perkara yang kejam

Senyuman
Setiap manusia ada
Setiap manusia diajar dan belajar untuk sebuah senyuman
Tanpa perlu dipaksa
Kerana senyum itu fitrah
Tapi jika terpaksa
Ia menjadi penyakit
Penyakit dalam hati
Terpaksa adalah sakit
Makan dalam
Makan hati
Sakit hati

Yang tahu hanya tuan empunya diri
Betapa terseksanya senyuman paksa
Tanpa rela hati
Hanya berlakon depan manusia
Yang buta hati
Buta fikiran
Buta akal
Untuk mentafsirkan sebuah senyuman

~ Hargai senyuman anda sementara diberi kesempatan untuk senyum, nanti bila Allah sudah tarik nikmat itu, kita tak mampu nak buat apa-apa. Chill guys. Senyum itu sedekah :)))))))

by kotakmerah

No comments :