Followers

Sunday, 20 April 2014

Nikmat Allah.

Assalamualaikum w.b.t. ,

Nikmat Allah. Korang tahu nikmat Allah ? Nikmat yang takdek siapa boleh bagi kita melainkan Allah je. Nikmat tu, bukan la dari segi harta benda je, pangkat je and so on. Kesihatan pon nikmat Allah jugak.

Ada hari tu, aku demam. Sehari tu rasa panas gila badan. Aku ingat takde pape la, dah minum hundred plus and makan panadol plus pakai sweater tebal. Tetiba demam aku melarat. Sampai aku takdapat pergi kelas seminggu. Aku tak larat gila la, sangat-sangat tak larat. Dah la masa tu aku kat YouKM, jauh dengan mak. Lagi lah mengada demam aku ni, macam nak suruh aku balik jumpa mak. Tapi aku tak bagitahu pon mak aku masa tu, aku taknak dia risau pastu nanti mesti dia suruh balik rumah. Aku bukan taknak balik tapi masa tu kecelaruan isi poket so malas la balik. Aku pergi la klinik, dah melarat sangat demamnya. Tak baik-baik. Tu pon aku pergi kena paksa dengan bebudak ni =='. Ikutkan hati aku, memang tak la aku nak jejak klinik sebab malas nak tunggu giliran nak masuk jumpa doktor. Tapi kena paksa, kena pergi lah. Padahal demam aku takde la teruk sangat, cuma badan sejuk dalam. Entahlah kenapa. Masuk bilik doktor, aku sengih je kat doktor tu. *Hensem* Tanya kenapa? Demam doktor. Pastu sakit badan. Doktor buat kerja dia and bagitahu, awak jaga diri makan ubat. Saya taknak buat keputusan sebab awak baru lagi demam, tapi risau suspek denggi. Aku masa tu macam ni (!!!!!). Dah fikir mak and family. Nasib baik suspek je, alhamdulillah takde pape. Thanks a lot to idaedani and fathiah. Thanks babe paksa and bawak aku pergi klinik -_- . Huhu. Then, weekend tu aku balik rumah long aku. Rehat kat sana, dah makan ubat, dah berurut semua. Tapi sama jugak, macam tu jugak. Aku pon pening fikir. Badan aku pon memanjang panas. Hish. Apalah Allah nak uji ni.

Lepas beberapa hari, aku macam biasa je tapi aku pelik setiap petang badan aku mesti panas. Panas sesangat. Taktahu la kenapa. Kengkawan aku dah risau, dah la roommate aku takde sebab balik, mak dia tak sihat. Aku pulak duduk sensorang. Siang aku okay, bila time petang nak bawak ke malam badan aku panas and sakit belakang. Macam sakit tulang belakang, tak larat nak berjalan. Tak larat nak bangun. Kerja aku baring je, pastu tidur. Makan ubat. Aku rasa tulang aku macam nak reput pon ada. Hahahahaha, macam orang tua dah. Lepas roomate aku balik YouKM, dia bawak aku pergi klinik sebab almost 5 days aku macam tu. Hari-hari pulak tu. Pergi la PK UKM, jumpa doktor lagi. Hmm.. Kali ni aku kena check darah and air kencing. Doktor kata tak ada pape, darah and air kencing okay je. Hmm :/ And dia kata, ,aybe you got a cold, don't take a late bath. Oooo okayy, sentap di situ. Aku selalu mandi midnight. Hahaha. Tak pelah tu. Aku dah takbuat dah. Sakit woo..

Masa tu banyak sangat kerja aku tergendala. Banyak sangat aktiviti yang aku takdapat join kawan-kawan aku. Aku minta maaf sesangat. Maaf sesangat. Aku takboleh nak buat apa. Tu je aku mampu, sebab masa tu orang yang dekat dengan aku je tahu aku macam mana. Allah je tahu. Aku dah tak larat nak menangis tetiap malam sebab tak larat. Tak larat sangat. Hmm. Masa tu lah banyak aktiviti aku, masa tu jugak aku aku kena macam tu. Dah pergi klinik, dah jumpa doktor, dah makan ubat, dah macam-macam. Tapi I have no answer for my pain. Allah nak uji.

Lepas daripada tu, demam aku dah kebah, alhamdulillah. Yeayyy !! Tapi sampai saat ni, sakit belakang aku masih. Masih ada. Apakah ? YaAllah, Engkau tunjukkanlah. Kadang aku diam je, aku tahan je, aku malas nak manja-manja sangat melayan je sakit. Orang kata, kalau kita positif seluruh anggota badan kita akan jadi positif. So aku positifkan diri and buat taklayan je sakit tu. And sekarang aku positif tapi tahan jela sikit-sikit. Ni ana kot. Kuat lah. Hahaha. Aku rasa salah satu faktor sebab hujan and panas beriringan. Cuaca tak menentu. Hmm.

Takde apalah. Allah tarik nikmat sikit supaya kita ingat kat Dia. Allah Maha Mengetahui semuanya. Kita, just berdoa. Jangan berhenti. Allahhu Akbar. Okay lah, sekian sahaja.

And nak pesan, jangan berat nak ucap syukur bila diri masih teguh and sihat berdiri, senang je. Satu perkataan je, say Alhamdulillah. Jangan nanti bila Allah dah tarik nikmat, baru kita nak tersungkur menangis. Ada sebab kenapa Allah buat macam tu. So keep it seriously. Aku pun pesan sekali kat diri aku. Aku pon bukan manusia yang gagah and kuat. Hanya manusia lemah yang seringkali hilang tempat berpaut. Tapi Allah there. Remember that.

Assalamualaikum. Salam ukhwah :D

~kotakmerah~

No comments :