Ohoiii, lama dah tinggal encik blog ni. Sawang Spiderman pon banyak dah ni.
Pertama sekali, sempena tajuk entri ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri ampun maaf dipinta mohon 10 jari disusun jika ada salah silap yang tak tersengaja atau sengaja. Aku dah maafkan semua orang yang buat salah dengan aku, sesiapa je. Tak baik simpan dendam kat orang. Maafkan walaupun rasa sakit, takpe bila dah lama lama ok la nanti ea ? Hikhik *gedik*
Tahun ni punya lebaran lain sikit sebab this is the last year yang aku akan dapat pegang duit raya TT. Tahun depan pegang jugak tapi kena bagi kat orang la pulak, hahaha. In sha Allah.
Tahun ni aku rasa raya yang awesome! Tapi yang tak berapa nak awesome-nya baju raya aku tak sempat siap, tapi nasib baik lah ada back up jubah so sarung jelah yang mana dan orang kabo. Pasal lemang pulak, tahun ni aku ambil tender bako lemang. Haa jangan tak caya Mem Ana ni boleh bako lemang tau tapi masih di bawah jagaan rapi. Kahkahkah sebab first try. Abang aku risau je. Tapi seriously seronok gila walaupun kena ngadap api dunia dengan muka yang aku pun tak sempat nak tengok macam mana muka sendiri time bako lemang tapi best ! :D And lemang aku menjadi tau. Abang aku suka sangat kata 'Tahun depan boleh lah Ana buat lemang lagi'. Cehh. Boleh la boleh laa.
And tahun ni masuk tahun ke 5 kitorang raya tanpa arwah Ayah TT. Sekejap je rasa pejam celik dah 5 tahun dah arwah pergi. Al Fatihah. Kitorang sentiasa ingat Ayah! Rindu!
Hmm, nak belanja gambar raya siket. Haha
Family aku. Tak semua ada tu sebab dorang pergi mana entah. So, yang ada je ada dalam gambar. Hoho
Childhood friends. Kawan sekolah rendah. Raya dengan dorang time rumah aku takde orang TT
Kawan sekolah menengah. Yang ni je dapat jumpa. Ada lagi tapi ada yang tak masuk dalam gambar. Yang sebelah aku tudung warna pink tu aku sayang dia! Sama la dengan yang lain-lain :D
Kawan sekolah menengah jugak.
Actually, ramai jumpa time raya cuma tak ambil kenangan tu banyak banyak. Monopod pon xdek, kesian. Hahaha. Takpe, kenangan dalam kepala ada kan. :)
Yang penting kita semua masih kawan :)
Kawan itu ubat ~
Akhir kata, Selamat Hari Raya AidilFitri. Maaf zahir & batin.
Assalamualaikum w.b.t.
No comments :
Post a Comment