Followers

Sunday, 29 July 2018

Practical Life

Assalamualaikum peoples.
Post harini nak cerita pasal kehidupan semasa menjalani praktikal also known as latihan industri (LI). Kebiasaannya LI ni students lepasan IPTA/S wajib alami.
Okay. First pasal LI ialah tempat kita nak jalani praktikal. Kalau bab tempat ni korang kena rajin survey awal awal. Jangan pilih tempat praktikal yang jauh menyimpang nyiur (simpang siur) daripada your course dekat IPT. Sebab apa tau, time praktikal ni la korang kena cari pengalaman sepenuhnya tentang kos yang korang ambik kat IPT. Contoh, kalau korang bidang ekonomi, pilih tempat yang korang boleh apply apa yang korang belajar. Kalau rasa nak jimat, pilih la tempat yang dekat dekat je dengan rumah korang. Kalau nak independent and more privacy daripada orang lain, boleh pilih tempat yang jauh sikit. It's up to you.
Second, apa yang korang nak apply kat tempat tu? Biasanya penyelia organisasi korang akan tahu kriteria yang sesuai untuk tempatkan korang dekat jabatan dia. Penyelia adalah orang yang berpengalaman and you should ask everything tanpa rasa malu sebab praktikal means belajar bukan kerja jadi kuli. Tak tahu tanya k. Tanya penyelia korang apa yang sesuai untuk korang apply dengan apa yang korang dah belajar (masa ni prepare jawapan pasal kos korang, jangan kantoi taktahu sudah). Jangan malu bertanya and time praktikal korang buat je semua kerja yanh dorang suruh buat. Everything. Kalau dia mintak tolong apa apa pon buat je. Kenapa tau, sebab kita belajar. Maybe ada certain pendapat akan cakap, jangan   buat kerja yang takde kaitan dengan kos kita. You are S41 (k contoh). But for me, if dorang suruh kau pergi fotostat something kan contohnya. Then kau tak tahu nak guna mesin fotostat (haa time ni memang keluar gelabah beruk kau). Lepastu kau akan tanya orang kan cara nak guna mesin fotostat tu. Nahhhhh you can do it yourself lepas kau dah tahu. Point aku kat sini, nanti bila dah kerja S42 44 and so on, takdeklah tak reti langsung nak guna mesin fotostat tu. Belajar tinggi pegang scroll tapi mesin fotostat pon tak reti guna. Just my opinion la. Apa salahnya tolong kan 
Third, pasal staf. Ok yang staf ni korang kena pandai bawak diri sendiri sampai lah boleh bergaul dengan dorang and keluar minum cendol bersama. Ramah ramahkan mulut tu nak bina rapport dengan staf. Kekadang orang lama ni, dorang ada ego sendiri. Dorang takkan datang borak dengan korang kalau korang sendiri tak pergi terkedek kedek borak dengan dorang. Ingat, jangan lupa senyum je. Dorang tengah masam mencuka pon korang kena senyum. Sebab senyum tu ada virus positif and boleh merebak then berjangkit kat orang lain. Chill sudah. Kalau kau perempuan, behave dengan staf lelaki. Sebab nak avoid orang membawang pasal kau lah. Kang tak pasal-pasal dapat title 'Budak Praktikal Gedik'. Nak ke?? Hahahahaha. So, behave yourself k. Tak susah pun, just kena pandai bawak diri. Kalau rasa macam payah nak masuk dengan dorang, at least kau jangan sombong or berlagak tahu semua benda. Let your egos down. Masa ni la nak belajar, tahu semua benda. Nanti dah kerja, kalau tak tahu nak buat ada pulak yang membawang 'Semua benda nak kena ajar, takkan tu pun taktahu'. Kalau tengah praktikal takpe, at least benda paling pedih pun 'Alah budak praktikal, no wonder la taktahu' hahahahaha. Am I right? So dik, tabahkan jela diri jadi budak praktikal tu. Kau jangan acah-acah kau pandai sangat k. Masa ni la nak merasa jadi 'bodoh' dengan semua benda baru and orang takkan kecam (sorry for that 'bodoh'). 'Bodoh' kat situ means kita taktahu then kita kena belajar sampau tahu. 

Ok jap. Lenguh nak taip. 

Rasanya sampai sini jela kot. Macam takde pape sangat kan tapi kau hadam la apa hakak cakap dik hahahaha. Taknak hadam pun takpe and banyak lagi tips kat tempat lain. Ikutkan hati hakak nak letak 100 tips kat sini tapi nanti lah kalau ada masa lagi sis update lain k. K lah bye. Assalamualaikum.

Salam sayang <3
Ana 


*Sebenarnya post ni should be posted on 2016 but tertangguh je so 2018 baru nak post kahkahkah 2 tahun kau. 

Tuesday, 19 August 2014

Aidil Fitri Syawal 1435H

Assalamualaikum..

Ohoiii, lama dah tinggal encik blog ni. Sawang Spiderman pon banyak dah ni.

Pertama sekali, sempena tajuk entri ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri ampun maaf dipinta mohon 10 jari disusun jika ada salah silap yang tak tersengaja atau sengaja. Aku dah maafkan semua orang yang buat salah dengan aku, sesiapa je. Tak baik simpan dendam kat orang. Maafkan walaupun rasa sakit, takpe bila dah lama lama ok la nanti ea ? Hikhik *gedik*

Tahun ni punya lebaran lain sikit sebab this is the last year yang aku akan dapat pegang duit raya TT. Tahun depan pegang jugak tapi kena bagi kat orang la pulak, hahaha. In sha Allah.

Tahun ni aku rasa raya yang awesome! Tapi yang tak berapa nak awesome-nya baju raya aku tak sempat siap, tapi nasib baik lah ada back up jubah so sarung jelah yang mana dan orang kabo. Pasal lemang pulak, tahun ni aku ambil tender bako lemang. Haa jangan tak caya Mem Ana ni boleh bako lemang tau tapi masih di bawah jagaan rapi. Kahkahkah sebab first try. Abang aku risau je. Tapi seriously seronok gila walaupun kena ngadap api dunia dengan muka yang aku pun tak sempat nak tengok macam mana muka sendiri time bako lemang tapi best ! :D And lemang aku menjadi tau. Abang aku suka sangat kata 'Tahun depan boleh lah Ana buat lemang lagi'. Cehh. Boleh la boleh laa.

And tahun ni masuk tahun ke 5 kitorang raya tanpa arwah Ayah TT. Sekejap je rasa pejam celik dah 5 tahun dah arwah pergi. Al Fatihah. Kitorang sentiasa ingat Ayah! Rindu!

Hmm, nak belanja gambar raya siket. Haha

Family aku. Tak semua ada tu sebab dorang pergi mana entah. So, yang ada je ada dalam gambar. Hoho


Childhood friends. Kawan sekolah rendah. Raya dengan dorang time rumah aku takde orang TT


Kawan sekolah menengah. Yang ni je dapat jumpa. Ada lagi tapi ada yang tak masuk dalam gambar. Yang sebelah aku tudung warna pink tu aku sayang dia! Sama la dengan yang lain-lain :D


Kawan sekolah menengah jugak. 

Actually, ramai jumpa time raya cuma tak ambil kenangan tu banyak banyak. Monopod pon xdek, kesian. Hahaha. Takpe, kenangan dalam kepala ada kan. :)

Yang penting kita semua masih kawan :)

Kawan itu ubat ~

Akhir kata, Selamat Hari Raya AidilFitri. Maaf zahir & batin.

Assalamualaikum w.b.t.



Tuesday, 5 August 2014

Maaf

"Saya minta maaf."

Such of a typical sentence for every mistakes we'd done. Aku banyak buat salah. Aku manusia biasa yang memang tak lari daripada buat salah. So, aku minta maaf. Sempena hari baik bulan baik ni, aku minta maaf. Aku minta maaf aku minta maaf aku minta maaf. 

Sekian. 
Assalamualaikum.

Sunday, 25 May 2014

Semakin aku lari semakin laju dia kejar.



Assalamualaikum w.b.t.

Manusia memang tak lari daripada menerima dugaan dan ujian. Kekadang kita boleh dengan ujian yang kita hadapi and kekadang kita lari. Kenapa perlu lari ? Setiap dugaan dan ujian itu Allah dah hantar sekali pakej dengan penyelesaian. Tak perlu lari. Tempuh tapi berhati-hati terutama dengan nafsu. Jaga Iman masa tu. Takde apa Allah nak uji melainkan Iman kita. Kalau Iman kita masih dalam keadaan sedar, kita akan tempuh dugaan dalam keadaan yang boleh dikawal. In sha Allah. So, fikirkan yang terbaik untuk diri kita, diri orang lain, maruah agama, bangsa dan negara. *tetiba*. Jangan mengeluh yep!

Tak nak tulis pepanjang. Nak tulis sikit je harini. K tata :D

Salam ukhwah.

Tuesday, 20 May 2014

Heart-ty


Assalamualaikum.

Hai.
Korang tahu tak, bila tiba aku sedih, aku cari siapa ? Aku cari ayah. Ayah, orang sentiasa dengar luahan hati anak dia. Ayah, yang sentiasa teman anak dia. Ayah, yang sanggup buat apa saja untuk anak dia. Tapi, macam mana kalau Ayah dah takde ? Allahu Rabb.

Kuatkan hatiku. Aku merintih sendiri. Aku rindu Ayah. Rindu sangat. Rindu nak cium tangan dia. Rindu nak peluk dia. Rindu nak cium pipi dia. Rindu semua. Aku dah cuba untuk kuat. Aku dah cuba. Alhamdulillah, sampai sekarang aku kuat padahal takde siapa tahu time aku takkuat. Aku ngadu kat Allah. Kenapa aku rindu orang yang dah takde ? Babe, Ayah kot. Ayah yang rapat dengan anak bongsu dia yang ego sembunyi manja. Aku menyesal selama dia hidup, aku tak dapat bagi sepenuhnya apa yang dia harapkan. Banyak kali aku rebah lepas dia takde. Weh, siapa lagi yang sanggup tolong kita melainkan mak bapak ? Adik beradik ? Maybe, tapi susah. Aku takcakap adik beradik tu tak tolong, cuma dorang banyak komitmen lain, tanggungjawab lain, lebih lebih lagi kalau dorang dah kahwin. Nak bagi komitmen untuk adik adik tu macam susah. Ok takpe, aku faham. Lumrah hidup.

Aku cakap macam aku takde Mak kan. Bukan. Aku ada Mak. Dialah satu satunya semangat kedua aku selepas Ayah. Sekarang, tinggal dia je. Aku sayang gila kat Mak. Mak segala galanya. Mak lah Ayah dan Mak lah Mak. Mak buat semua. Mak fikir semua. Aku tak sanggup tengok Mak sedih. Aku sedih bila Mak sensorang. Mak sanggup buat semua untuk aku. Untuk satu satunya anak dia yang bongsu, yang belajar hidup jatuh bangun, yang still bertatih harungi hidup, yang banyak minta itu ini, yang banyak menyusahkan dia, yang banyak kerenah, yang kuat merajuk, yang kadang kadang lupa dia sebab leka dengan kawan kawan, dan macam macam perangai pelik. Mak sabar, tabah, hadap semua tu. Mak kuat sangat sampai aku nak jadi macam Mak. Macam mana Mak boleh setabah tu ? Hidup tanpa Ayah dan kena besarkan anak dia sensorang. Allahu Rabb, Engkau berikanlah kekuatan kepada Mak aku ketika harungi hidup, berkatilah hidup dia, jangan bagi dia sedih, gembirakanlah hati dia YaAllah. Aku mohon.

Mungkin orang cakap. Sabar, orang lain kan ada. Yes. Memang orang lain ada, tapi orang yang tak rasa kehilangan orang yang macam nyawa takkan faham even korang cakap, 'Takpe, aku faham'. Ekceli, korang faham tapi korang tak rasa apa yang ada dalam hati. Masing masing ada kisah tapi saat hadap semua tu, lain lain rasa, lain lain situasi.

Ana, ko kena kuat. Allah bagi ujian sebab Allah tahu ko mampu. Ko kuat. Ko kena banyak berubah. Orang lain tu boleh je. Takkan ko takboleh? Kan. Takpe, Allah kan ada. Mak ada. Abang kakak ada. Anak anak sedara ada. Sedara mara ada. Beruntunglah daripada takde sesapa. Kalau takde sesapa pun, Allah tetap ada. You are strong dear heart. Tak macam daun kering yang dipijak rapuh, meskipun kekadang ada jadi macam tu.

Ok, sekian.
Salam. 



Sunday, 20 April 2014

Nikmat Allah.

Assalamualaikum w.b.t. ,

Nikmat Allah. Korang tahu nikmat Allah ? Nikmat yang takdek siapa boleh bagi kita melainkan Allah je. Nikmat tu, bukan la dari segi harta benda je, pangkat je and so on. Kesihatan pon nikmat Allah jugak.

Ada hari tu, aku demam. Sehari tu rasa panas gila badan. Aku ingat takde pape la, dah minum hundred plus and makan panadol plus pakai sweater tebal. Tetiba demam aku melarat. Sampai aku takdapat pergi kelas seminggu. Aku tak larat gila la, sangat-sangat tak larat. Dah la masa tu aku kat YouKM, jauh dengan mak. Lagi lah mengada demam aku ni, macam nak suruh aku balik jumpa mak. Tapi aku tak bagitahu pon mak aku masa tu, aku taknak dia risau pastu nanti mesti dia suruh balik rumah. Aku bukan taknak balik tapi masa tu kecelaruan isi poket so malas la balik. Aku pergi la klinik, dah melarat sangat demamnya. Tak baik-baik. Tu pon aku pergi kena paksa dengan bebudak ni =='. Ikutkan hati aku, memang tak la aku nak jejak klinik sebab malas nak tunggu giliran nak masuk jumpa doktor. Tapi kena paksa, kena pergi lah. Padahal demam aku takde la teruk sangat, cuma badan sejuk dalam. Entahlah kenapa. Masuk bilik doktor, aku sengih je kat doktor tu. *Hensem* Tanya kenapa? Demam doktor. Pastu sakit badan. Doktor buat kerja dia and bagitahu, awak jaga diri makan ubat. Saya taknak buat keputusan sebab awak baru lagi demam, tapi risau suspek denggi. Aku masa tu macam ni (!!!!!). Dah fikir mak and family. Nasib baik suspek je, alhamdulillah takde pape. Thanks a lot to idaedani and fathiah. Thanks babe paksa and bawak aku pergi klinik -_- . Huhu. Then, weekend tu aku balik rumah long aku. Rehat kat sana, dah makan ubat, dah berurut semua. Tapi sama jugak, macam tu jugak. Aku pon pening fikir. Badan aku pon memanjang panas. Hish. Apalah Allah nak uji ni.

Lepas beberapa hari, aku macam biasa je tapi aku pelik setiap petang badan aku mesti panas. Panas sesangat. Taktahu la kenapa. Kengkawan aku dah risau, dah la roommate aku takde sebab balik, mak dia tak sihat. Aku pulak duduk sensorang. Siang aku okay, bila time petang nak bawak ke malam badan aku panas and sakit belakang. Macam sakit tulang belakang, tak larat nak berjalan. Tak larat nak bangun. Kerja aku baring je, pastu tidur. Makan ubat. Aku rasa tulang aku macam nak reput pon ada. Hahahahaha, macam orang tua dah. Lepas roomate aku balik YouKM, dia bawak aku pergi klinik sebab almost 5 days aku macam tu. Hari-hari pulak tu. Pergi la PK UKM, jumpa doktor lagi. Hmm.. Kali ni aku kena check darah and air kencing. Doktor kata tak ada pape, darah and air kencing okay je. Hmm :/ And dia kata, ,aybe you got a cold, don't take a late bath. Oooo okayy, sentap di situ. Aku selalu mandi midnight. Hahaha. Tak pelah tu. Aku dah takbuat dah. Sakit woo..

Masa tu banyak sangat kerja aku tergendala. Banyak sangat aktiviti yang aku takdapat join kawan-kawan aku. Aku minta maaf sesangat. Maaf sesangat. Aku takboleh nak buat apa. Tu je aku mampu, sebab masa tu orang yang dekat dengan aku je tahu aku macam mana. Allah je tahu. Aku dah tak larat nak menangis tetiap malam sebab tak larat. Tak larat sangat. Hmm. Masa tu lah banyak aktiviti aku, masa tu jugak aku aku kena macam tu. Dah pergi klinik, dah jumpa doktor, dah makan ubat, dah macam-macam. Tapi I have no answer for my pain. Allah nak uji.

Lepas daripada tu, demam aku dah kebah, alhamdulillah. Yeayyy !! Tapi sampai saat ni, sakit belakang aku masih. Masih ada. Apakah ? YaAllah, Engkau tunjukkanlah. Kadang aku diam je, aku tahan je, aku malas nak manja-manja sangat melayan je sakit. Orang kata, kalau kita positif seluruh anggota badan kita akan jadi positif. So aku positifkan diri and buat taklayan je sakit tu. And sekarang aku positif tapi tahan jela sikit-sikit. Ni ana kot. Kuat lah. Hahaha. Aku rasa salah satu faktor sebab hujan and panas beriringan. Cuaca tak menentu. Hmm.

Takde apalah. Allah tarik nikmat sikit supaya kita ingat kat Dia. Allah Maha Mengetahui semuanya. Kita, just berdoa. Jangan berhenti. Allahhu Akbar. Okay lah, sekian sahaja.

And nak pesan, jangan berat nak ucap syukur bila diri masih teguh and sihat berdiri, senang je. Satu perkataan je, say Alhamdulillah. Jangan nanti bila Allah dah tarik nikmat, baru kita nak tersungkur menangis. Ada sebab kenapa Allah buat macam tu. So keep it seriously. Aku pun pesan sekali kat diri aku. Aku pon bukan manusia yang gagah and kuat. Hanya manusia lemah yang seringkali hilang tempat berpaut. Tapi Allah there. Remember that.

Assalamualaikum. Salam ukhwah :D

~kotakmerah~

Saturday, 19 April 2014

For a long time.

Assalamualaikum w.b.t. ,

Sungguh. Lama jugak aku tak update blog. Lama jugak aku tak membebel kat kotakmerah ni. Lama jugak aku tak story macam-macam. Bukannya busy tahap PM sangat pon, cuma malas. Huuu. Kalau dah macam ni, macam akan banyak je entry lepas ni. Fuhh.. Banyak gila aku nak story kat sini. Pasal aku pegi melancong, pasal aku pergi field work, and tak tinggal pasal kehidupan seorang perantau. Banyak. Banyak sangat. Aku bukan sengaja buat blog ni berabuk dengan sesawang spiderman and anak beranak, cuma aku perlukan masa. Hihihi. Perlukan masa lah sangat. Ciss.

K lah, nanti aku update cite baru yep.. Kbai.

Salam ukhwah! :D

Monday, 3 February 2014

:: Senyuman ::

Bibir terletak
Untuk sebuah senyuman
Yang kekadang wujud
Yang kekadang hilang

Senyuman
Manis bila ditatap
Jika ia untuk perkara yang 'sweet'
Takut bila ditatap
Jika perkara yang kejam

Senyuman
Setiap manusia ada
Setiap manusia diajar dan belajar untuk sebuah senyuman
Tanpa perlu dipaksa
Kerana senyum itu fitrah
Tapi jika terpaksa
Ia menjadi penyakit
Penyakit dalam hati
Terpaksa adalah sakit
Makan dalam
Makan hati
Sakit hati

Yang tahu hanya tuan empunya diri
Betapa terseksanya senyuman paksa
Tanpa rela hati
Hanya berlakon depan manusia
Yang buta hati
Buta fikiran
Buta akal
Untuk mentafsirkan sebuah senyuman

~ Hargai senyuman anda sementara diberi kesempatan untuk senyum, nanti bila Allah sudah tarik nikmat itu, kita tak mampu nak buat apa-apa. Chill guys. Senyum itu sedekah :)))))))

by kotakmerah

Wednesday, 8 January 2014

Bila hati dah lariii...

Assalamualaikum warahmatullah...

Anyeong! Hai !..

Bila hati dah lari ? woahh.. dibawa lari oleh seseorang ? Hmm, sounds RARE ! Daebak ana daebak *nada macam jihyo cakap dlm RM. Eh, bukan la.. Mana ada orang nak bawak lari hati orang. Dah kes jenayah tu, curi organ dalaman orang. Takbaik taw.. haha.. Ceritanya bermulaaa...

Jeng jeng jeng..
Actually, aku stress sebab exam ni.. Bukan calang-calang exam. Ini Final Exam. Huhh ==' Ni dah masuk sem 3 aku belajar kat yu kay em , tetiba belakang EM.. hahaha ok focus. And kali ketiga aku jawab final exam.. Memang dah biasa strehh2 nii.. memang lumrah budak uni kalau exam je nak strehh.. time g enjoy sana sini xnak pulak strehh kan.. Hape daa.. *dungggg* kena ketuk kepala. Sape nak stress kalau time keluar enjoy. Nama pon kalau keluar enjoy nak hilangkan stress, memang la tak stress.. Nak kata xpanadai kang ko dah masuk uni, eh dah masuk uni x semestinya dah pandai. Cuma Allah bagi sikit kelebihan je. Sebagai anugerah. Takde orang yang pandai melainkan dia sendiri usaha untuk bagi diri dia pandai. Allah Maha Adil. Kita semua sama je.. Kan ?

Hmm.. Mcm mne ni ? aku bebel je lebih kat atas tu, aku study pon tertonggeng-tonggeng lagi nii.. haiyaaa, macammana mau jadi rajin ? gua dah mereng dah nii... study entah ape dah,. Aku risau dengan result nanti n sama jugak risau dengan ilmu yang aku bawa ni sama ada berkat atau tak.. Peting woo keberkatan tu, nanti nak apply kerja, keberkatan masa belajar ni la yang boleh tolong kita. Sama ada kita boleh bawa bidang kita atau tak. Perghh, cakap pasal keberkatan ni miracle la.. Sebab yang tahu Allah je, korang tahu ilmu korang tu berkat ke tak ? siapa yang tahu tu, cer bagitahu dari mana korang dapat tahu ? Even kita dapat something yang baik, kita akan fikir berkat Allah bagi. Siapa tahu, tu Allah nak bagi ujian kat kita sama ada kita ni kalau dapat something yang lebih dari orang lain, kita riak ke tak, bangga diri ke tak, sombong ke tak.. Allah Maha Mengetahui, wallahu 'alam.. Exam untuk result bagus. Ni lagi satu, aku selalu fikir macam ni.. Exam je nak berusaha beria, macam esok tu dah xdek masa sampai berjaga tengah malam study sambil tengok korea.. Haha, apedah.. Tapi bagi aku lah kan, daripada aku xbuat macam tu baik aku buat je.. Sebab sekurang-kurangnya kita study and usaha kan.. paling senang orang kabo study last minute *bukan band tu* . Best ape study last minute, baru RARE.. Bangun pagi, otak pening, tapi xpe.. still ingat ape yang kita study.. huhu..
Sape tahu, study last minute ni banyak faedahnya.. Hahaha, hanya orang-orang tertentu je mampu buat. Ko mampu ?? :p

hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha

Boleh lah gelak macam tu, dah jadi macam border je aku tengok.. haha, sungguh aku blurr tahap 89 candy crush dah.. ape kena mengena dengan candy crush ? haihh =='

K la, aku nak study.. doakan aku and kawan-kawan yang lain dapat buat yang terbaik exam nii.. Good luck korang yang exam jugak.. tata titi tutu..

Assalamualaikum.
Bila kotakmerah berbicara.. :)

*aku suka dengar lagu ni, sebenarnya ni lagu Dewa 19. Tapi ni kaver EM, ehem.. best :)

Saturday, 19 October 2013

Safely Arrived .

Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. selamat sampai rumah kedua ni. Huhu.. Penat gila badan, berlari-lari tadi sebab hujan. Dahla bawak luggage *tu la sape suruh bwak balik luggage* kan dah menyusahkan.. Alaa rilex laa, kuat kot. Hahaha.. Memang tak sangka tadi hujan, sebelum ni kalau balik UKM tak pernah pulak hujan, siap kilat menyambar-nyambar lagi. Nasib baik la duk dalam train. Kalau tak habis la basah lejuk (loghat Pahang), dalam erti kata lain, basah lencun. And bernasib baik jugak sebab LRT nak ke KTM berbumbung, kalau tak lagi la lambat aku sampai nampak gayanya. Alhamdulillah. Allah permudahkan walaupun kena tempuh hujan sikit-sikit tu adatlah kan. Macam tak biasa mandi-mansi hujan ni kan. Hahaha.

Hmm, k lah.. I'm going to sleep. Penat sangat sangat sangat duk kelek bagasi yang big tu.. Haha. K tata.
Assalamualaikum... :D